Jumaat, 15 March 2019 | 9:19pm
PENGERUSI BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua dari kiri) menyampaikan kad keahlian kepada Datuk Seri Ronald Kiandee pada Majlis Penyerahan Kad Keahlian Bersatu kepada lapan bekas Wakil Rakyat UMNO Sabah di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - Foto BERNAMA

Ronald akan letak jawatan Pengerusi PAC jika diminta PM

PUTRAJAYA: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata beliau hanya akan meletak jawatan jika diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri.

Ronald berkata, penjelasan sudah diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau hanya akan mengikuti apa yang dikatakan Perdana Menteri.

“Jika diminta untuk meletak jawatan, saya akan ikut. Bila beliau kata saya tak perlu letak jawatan, jadi saya tidak akan buat.

“Sekiranya Perdana Menteri meminta saya untuk berbuat demikian (letak jawatan), saya akan akur,” katanya ketika ditemui selepas menerima kad keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) daripada Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU di sini, hari ini.

Dr Mahathir pada sidang medianya berkata, Ronald tidak perlu meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC walaupun jawatan itu adalah untuk Ahli Parlimen pembangkang kerana ia tidak membabitkan dasar dalam kerajaan dan sebahagian daripada perlembagaan.

Sebelum ini, pembangkang sebulat suara menamakan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, hanya Noraini yang dicalonkan bagi menggantikan Ronald Kiandee.

437 dibaca
Berita Harian X