Jumaat, 15 March 2019 | 3:02pm
MASJID Al Noor di bandar Christchurch, New Zealand. - Foto Reuters

Tiada penuntut Malaysia cedera dalam insiden di Christchurch

KUALA LUMPUR: Tiada penuntut Malaysia dipercayai cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di bandar Christchurch, New Zealand, hari ini.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelajar University of Canterbury, Abdul Azim Shafi Rushdi, berkata pihak berkuasa New Zealand menasihatkan lebih 200 penuntut Malaysia di sekitar bandar itu untuk berhati-hati serta peka terhadap kawasan sekitar dan tidak menghampiri lokasi kejadian.

“Alhamdulillah, kita dapat maklumat daripada persatuan bahawa tiada pelajar Malaysia terbabit dalam insiden tembakan itu.

“Untuk makluman, sebahagian besar pelajar dari University of Canterbury tidak menunaikan solat di situ kerana jaraknya yang agak jauh.

“Pelajar dari kampus perlu berjalan sejauh tiga kilometer untuk ke masjid berkenaan, jadi kami memilih untuk solat di surau berdekatan,” katanya pada BH, sebentar tadi.

933 dibaca
Berita Harian X