Jumaat, 15 March 2019 | 12:40pm

Seorang rakyat Malaysia cedera dalam tembakan di masjid di New Zealand

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia antara yang cedera dalam tembakan rambang di dua masjid di bandar Christchurch.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dalam Twiter hari ini berkata mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

"Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan ketika ini sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.

Dalam kejadian itu, beberapa kematian dilaporkan apabila suspek melepaskan tembakan secara rambang.

2251 dibaca
Berita Harian X