Isnin, 11 March 2019 | 10:40pm
KENDERAAN yang rosak teruk di bahagian cermin hadapan selepas hujan lebat dan ribut melanda Taman Botani Negara Shah Alam. - Foto Sairien Nafis

Taman Botani Negara ditutup hingga 31 Mac

SHAH ALAM: Taman Botani Negara di Bukit Cerakah di sini, ditutup kepada pengunjung sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan kerja pembersihan dan pemulihan dijalankan susulan ribut yang melanda semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Taman Botani, Nurul Wardina Abdullah, berkata ribut turut menyebabkan tiga rusa dewasa mati, selain banyak pokok tumbang serta kerosakan kemudahan tapak aktiviti riadah.

“Sebuah kenderaan turut rosak teruk di cermin depan tetapi anggaran kerugian keseluruhan belum diperoleh,” kepada kepada BH di sini, hari ini.


TAPAK fasiliti aktiviti sukan lasak Skytrek yang musnah teru selepas hujan lebat dan ribut melanda Taman Botani Negara Shah Alam. - Foto Sairien Nafis

Nurul Wardina berkata, seramai 80 petugas Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan kakitangan Taman Botani terbabit dalam kerja pembersihan dan pemulihan itu.

“Taman Botani ditutup untuk memastikan keadaan benar-benar pulih demi keselesaan serta keselamatan pengunjung,” katanya.

Sementara itu, tinjauan BH mendapati tapak aktiviti sukan lasak Skytrex dan taman haiwan turut rosak teruk.

1435 dibaca
Berita Harian X