Isnin, 11 Februari 2019 | 8:39pm
DATUK Muez Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu, berkuat kuasa 9 Januari lalu. - NSTP/Saifullizan Tamadi

Ketua Setiausaha KPDNHEP dilantik Pengerusi SSM

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu, berkuat kuasa 9 Januari lalu.

SSM, dalam satu kenyataan, berkata Muez menggantikan Datuk Seri Jamil Salleh yang bersara wajib pada 8 Januari lalu.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Muez adalah bagi tempoh dua tahun iaitu sehingga 2021.

SSM berkata​​​​​​​ watikah pelantikan diserahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada Muez di pejabatnya hari ini. – BERNAMA

572 dibaca
Berita Harian X