Sabtu, 26 Januari 2019 | 3:23pm
PAS Kelantan mendakwa keputusan Kerajaan Pusat membatalkan projek ECRL diterajui CCCC bermotifkan politik. - Foto hiasan

PAS dakwa pembatalan ECRL bermotif politik

KOTA BHARU: PAS Kelantan mendakwa keputusan Kerajaan Pusat membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diterajui China Communications Construction Group Ltd (CCCC) bermotifkan politik.

Setiausaha PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata beliau juga percaya keputusan itu adalah satu tindakan untuk mendera rakyat dan Kerajaan Kelantan seperti saman Kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri baru-baru ini dan juga usaha melambatkan bayaran royalti.

“Satu perkara yang perlu difikir bersama ialah kenapa jambatan bengkok boleh buat? Projek kereta Nasional Ketiga juga dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diterajui CCCC dibatalkan Kabinet, Khamis lalu.

582 dibaca
Berita Harian X