Khamis, 24 Januari 2019 | 8:01pm
AMINUDDIN Harun menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Othman Surati dan menantunya, Shahmiza Salleh ketika hadir menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada anggota bomba, Adnan Othman yang terkorban dalam misi menyelamat mangsa lemas di Puchong, Selangor pada tahun lalu. - NSTP/Hazreen Nohamad

Kerajaan negeri sembah tahniah atas pelantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16

PORT DICKSON: Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun merafak sembah tahniah atas pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

“Kerajaan negeri mengucapkan tahniah atas pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Wira Merah di Taman Jaya, Lukut di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pula dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

718 dibaca
Berita Harian X