Khamis, 24 Januari 2019 | 4:27pm
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn Bhd, Salehuddin Hassan (kanan) bergambar sebelum mendengar taklimat ketika lawatan Menteri Besar Johor ke Ibu YPJ Holdings Sdn Bhd, Tampoi. - Foto Mohd Azren Jamaludin


Johor sembah tahniah pelantikan Sultan Pahang sebagai Agong Ke-16

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, merafak sembah tahniah atas pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Osman berkata, sembah tahniah juga diberikan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

“Sebagai ketua kerajaan Johor, saya ucapkan tahniah di atas pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah.

“Saya mewakili kerajaan dan rakyat negeri Johor mengucapkan tahniah diatas pelantikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media, selepas melawat Pejabat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), di sini, hari ini.

Katanya, beliau sudah mendapat jemputan pertabalan YDPA, di Istana Negara pada 31 Januari ini.

955 dibaca
Berita Harian X