Khamis, 24 Januari 2019 | 4:09pm
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019. 
Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.
Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016 - Foto BERNAMA

Biodata Yang di-Pertuan Agong Ke-16

Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Keputeraan
30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang

PENDIDIKAN

1965 : Pra-sekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang

1966 – 1969 : Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang.

1970 – 1974 : Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas, Kuantan, Pahang

1975 – 1977 : Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingsdom.

: Davies College, London, United Kingdom.

1978 – 1979 : The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom

1980 – 1981 : Worchester & Queen Elizabeth College, United Kingdom. Dianugerahkan Diploma In International Relations And Diplomacy Ketenteraan

1980 : Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England (ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II)

: KaptenPasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia.

1 Mei 1999 : Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah

1 Jun 2000 : Kolonel Rejimen 505 Askar Wataniah

1 April 2004 : Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah

Pelantikan Tengku Mahkota Pahang
1 Julai 1975, Baginda dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar Pekan.

Pelantikan Pemangku Raja Pahang

Baginda pada usia 20 tahun dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979, untuk tempoh lima tahun iaitu selama tempoh Seri Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, menjadi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong VII.

Pada 8 Disember 2016, Baginda sekali lagi dilantik menjadi Pemangku Raja Pahang sehingga 11 Januari 2019 iaitu setelah Jumaah Pangkuan Diraja Negeri memutuskan untuk melantik baginda sebagai Sultan Pahang Keenam.

Sukan
Baginda begitu meminati bidang sukan dan ketika di England, baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England, seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Di Pekan, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.

Isteri
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Keputeraan
5 Ogos 1960

Anakanda putera dan puteri
1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera |
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Jawatan disandang

Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

Yang Dipertua Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang

Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Canselor Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia

Bola Sepak : Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF)

: Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA

: Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Hoki : Presiden Persekutuan Hoki Malaysia

: Presiden Persekutuan Hoki Asia

: Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa

Polo : Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA)

: Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC)

Skuasy : Presiden Kelab Skuasy Pahang (PSC)

Gold : Presiden Kelab Golf Diraja Pahang (RPGC)

Menembak : Presiden Kelab Menembak Diraja Pahang

Pencapaian

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 1997 FIFA World Youth Championship

Ahli Jawatankuasa Penganjur 2003 FIFA Confederations Cup, Paris

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2011 FIP Polo World Cup, Malaysia

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur 2012 FIH Congress, Kuala Lumpur

Pengerusi 2015 AFC Asian Cup Australia

Ahli Jawatankuasa Penganjur 2018 World Cup, Russia

3372 dibaca
Berita Harian X