Khamis, 24 Januari 2019 | 12:18pm
Sultan Mizan Zainal Abidin (kiri) diiringi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebelum mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini. - Foto BERNAMA

Sultan Mizan pengerusi Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Mesyuarat bermula 11.15 pagi hari ini dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan.

Raja-Raja Melayu yang berangkat ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketika ini jawatan Yang di-Pertuan Agong disandang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA


Kenderaan rasmi yang membawa Sultan Mizan Zainal Abidin tiba di pekarangan pintu utama Istana Negara untuk menghadiri mesyuarat khas memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin

1317 dibaca
Berita Harian X