Sabtu, 12 Januari 2019 | 5:22pm
TENGKU Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Biodata Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru

Puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah

Kakanda lelakinya kini ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj

Berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Pendidikan awalnya di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang

Pengakap Puteri Sedunia serta merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Pengerusi PERTAP

Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang(WI)

Pengasas atau Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF)

Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz (YIA)

Penaung Diraja AP di Hong Kong

Berita Harian X