Sabtu, 12 Januari 2019 | 10:37am
Bekas Pengarang Eksekutif Harian Metro, Zian Johari, 65, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Serdang, 12.20 tengah malam tadi.

Bekas Pengarang Eksekutif HM meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarang Eksekutif Harian Metro, Zian Johari, 65, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Serdang, 12.20 tengah malam tadi.

Difahamkan Allahyarham sudah hampir sebulan mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Selepas menamatkan jawatan terakhir dalam bidang media sebagai Pengarang Eksekutif Berita Minggu, beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pegawai Media di Pejabat Setiausaha Agung UMNO di bawah Tan Sri Annuar Musa.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Ukay Perdana dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat Zohor, hari ini.


Ahli keluarga, jiran dan sahabat membaca yasin di kediaman bekas Pengarang Harian Metro, Allahyarham Zian Johari di Ukay Perdana. - Foto Saifullizan Tamadi

663 dibaca
Berita Harian X