Jumaat, 11 Januari 2019 | 8:15pm
TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith. - Fot Mahzir Mat Isa

Eddin rakam takziah kepada keluarga ADUN Semenyih

KUALA PILAH: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor yang meninggal dunia awal pagi tadi.

“Saya sangat terkejut dengan berita itu dan sudah tentu ia adalah satu perkara yang menyedihkan. Saya berharap anggota keluarga Allahyarham supaya bersabar. Di pihak kementerian, kami ucapkan salam takziah dan kami doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 4.45 pagi tadi akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir di sini, 3 petang tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei tahun lepas, Baktiar yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menewaskan calon BN, PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 8,964 undi.

Allahyarham yang juga Ketua Bahagian BERSATU Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.

– BERNAMA

221 dibaca
Berita Harian X