Isnin, 17 Disember 2018 | 2:04pm
Nurul Izzah Anwar. - Foto Saddam Yusoff

Nurul Izzah letak jawatan Naib Presiden, Pengerusi PKR Pulau Pinang

GEORGETOWN: Nurul Izzah Anwar hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Nurul Izzah dalam kenyataannya berkata, keputusan itu sudah pun dimaklumkan kepada kepemimpinan tertinggi PKR dan beliau hanya mahu berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tanpa terikat dengan jawatan di dalam parti.

“Saya juga tidak akan memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Pusat dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan peranan saya di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan Pulau Pinang.

“Selepas ini, saya hanya akan menjadi Ahli Parlimen yang tidak mempunyai sebarang portfolio dalam usaha mereformasi kerajaan.

“Saya juga menyerahkan kepada kepemimpinan parti berhubung status saya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam PKR mengumumkan pelantikan Nurul Izzah sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang yang baharu, menggantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman.

3862 dibaca
Berita Harian X