Sabtu, 8 Disember 2018 | 6:29pm
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri perhimpunan perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). - Foto REUTERS

Perhimpunan 'kesyukuran' bukan bersifat perkauman - Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan perhimpunan ‘kesyukuran’ kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), bukan bersifat perkauman.

Beliau berkata, perhimpunan secara aman itu juga bukan menentang perpaduan dan kaum lain di negara ini.

“Ini menunjukkan sebahagian besar (hadir) menentang (ICERD),” katanya yang turut menyertai perhimpunan itu bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, Najib tidak berada di atas pentas utama, sebaliknya di bawah bersama peserta yang lain.

Terdahulu, beliau berarak dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka dengan diiringi penyokongnya.

Berita Harian X