Sabtu, 8 Disember 2018 | 5:16pm
PESERTA berhimpun di Dataran Merdeka sempena perhimpunan ‘kesyukuran’ penolakan ratifikasi ICERD. - NSTP/Saddam Yusoff
PESERTA berhimpun di Dataran Merdeka sempena perhimpunan ‘kesyukuran’ penolakan ratifikasi ICERD. - NSTP/Saddam Yusoff
ANTARA peserta yang hadir menyertai perhimpunan ‘kesyukuran’ penolakan ratifikasi ICERD di Jalan Tunku Abdul Rahman. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
ANTARA peserta yang hadir menyertai perhimpunan ‘kesyukuran’ penolakan ratifikasi ICERD di Jalan Tunku Abdul Rahman. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

ICERD: Keadaan keselamatan terkawal - Polis

KUALA LUMPUR: Keadaan keselamatan di sekitar Jalan Raja, di sini, lokasi perhimpunan ‘kesyukuran’ menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), terus terkawal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, ketika dihubungi Bernama berkata, setakat petang ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata, polis akan terus memantau dan mengawal keadaan perhimpunan aman ini sehingga selesai.

Tinjauan Bernama di lokasi tersebut setakat jam 4.30 petang ini, mendapati ada peserta perhimpunan mula beransur pulang ekoran hujan dan ada juga yang masih kekal di sana. – BERNAMA

Berita Harian X