Sabtu, 8 Disember 2018 | 3:39pm
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - Foto Eizairi Shamsudin

Saya dah cukup bersyukur, tak perlu hadir perhimpunan - PM

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghadiri himpunan “kesyukuran” meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara, hari ini.

Perdana Menteri berkata, tiada keperluan untuk beliau hadir ke perhimpunan kesyukuran meraikan keputusan kerajaan itu kerana beliau sudah “cukup bersyukur”.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga secara sinis berterima kasih kepada “satu juta orang” yang menghadiri himpunan berkenaan untuk menyatakan kesyukuran kepada kerajaan.

"Saya dah cukup bersyukur dah. Saya buat satu keputusan yang baik... Saya bersyukur saya boleh buat keputusan yang terbaik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.

Ketika ini, ribuan peserta menghadiri perhimpunan “kesyukuran” itu di beberapa lokasi di ibu negara, khususnya di Dataran Merdeka.

1241 dibaca
Berita Harian X