Sabtu, 8 Disember 2018 | 2:21pm
Penganjur menganggarkan 300,000 peserta berkumpul di Dataran Merdeka setakat ini. - Foto NSTP
Peserta berhimpun di Dataran Merdeka sempena perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). - Foto Saddam Yusoff

Najib, peserta perhimpunan lafaz ikrar

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama ratusan peserta perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) melafazkan ikrar wala sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Terdahulu, beliau yang mengenakan baju Melayu merah jambu menunaikan solat Zohor dan sunat hajat di Surau Ar Rahman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Antara lain, ikrar itu bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam, hidup dan mati kerana Allah dan Rasul.

Solat hajat berkenaan bagi memohon keselamatan peserta himpunan agar berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan dan masalah.


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Dataran Merdeka. - Foto Luqman Hakim Zubir

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama peserta himpunan menuju Dataran Merdeka dari Masjid Jamek. - Foto NSTP

Turut kelihatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahril Abdul Samad.

Beliau kemudian bersama peserta bergerak ke LRT PWTC bagi menaiki tren untuk ke stesen Masjid Jamek.

Najib dijangka disambut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkumpul di Masjid Negara.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan di perhimpunan itu dan berkongsi pentas dengan pemimpin PAS termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berita Harian X