Sabtu, 8 Disember 2018 | 1:21pm
Ribuan peserta perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menunaikan solat Zuhur di sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman berhadapan Kompleks membeli-belah Sogo, di sini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

10,000 peserta penuhi kawasan dekat Sogo

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 peserta perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mula memenuhi hadapan Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Tinjauan di lokasi mendapati, jumlah peserta dijangka akan meningkat dan menjelang jam 1 tengah hari.


Antara peserta yang menyertai perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mula berhimpun di hadapan pusat membeli belah Sogo, Jalan Tengku Abdul Rahman. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Antara peserta yang menyertai perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mula berhimpun di hadapan pusat membeli belah Sogo, Jalan Tengku Abdul Rahman. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Peserta turut membawa bendera dan sepanduk bagi menunjukkan bantahan terhadap ICERD.

Beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) turut dilihat memberi ucapan selain taklimat sebelum himpunan berkenaan bermula.

Persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman ditutup sepenuhnya selain kawalan ketat oleh pihak polis dan wakil penganjur.


Antara peserta yang menyertai perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mula berhimpun di hadapan pusat membeli belah Sogo, Jalan Tengku Abdul Rahman. NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

2307 dibaca
Berita Harian X