Ahad, 18 November 2018 | 9:27pm

Poster eksklusif #JomCintaNabi, Selasa ini

KUALA LUMPUR: Sempena Maulidur Rasul, BH akan menampilkan poster eksklusif #JomCintaNabi dalam terbitan akhbar itu, Selasa ini.

Poster eksklusif itu mengandungi kronologi ringkas hidup Nabi Muhammad SAW, senarai semak sahsiah, akhlak dan sunnah serta azam menjadi pencinta Nabi 2019.

Penyiaran poster eksklusif itu bertujuan menyemarakkan kempen #JomCintaNabi yang dianjurkan oleh BH bermula 10 November lalu hingga 31 Disember ini.

Kempen #JomCintaNabi turut menampilkan peraduan Jom Selawat yang menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000, poster mini 1 Hari 1 Sunnah, video klip selawat selebriti, kumpulan nasyid dan qasidah serta orang awam, selain rencana dan artikel.

Kempen ini disiarkan dalam versi cetak dan digital, iaitu Facebook, Twitter dan Instagram Berita Harian Online.

516 dibaca
Berita Harian X