Sabtu, 17 November 2018 | 6:09pm
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini berkata, rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasa pada 1 Januari 2019. - Arkib NSTP

Ramai setuju larangan vape dan shisha

KUALA LUMPUR: Rata-rata pelayar media sosial bersetuju perbuatan menghisap vape dan shisha turut dilarang seperti penguatkuasaan larangan merokok di semua restoran dan kedai makan mulai tahun depan.

Itu adalah keputusan undian dalam talian berhubung persoalan ‘Adakah wajar perbuatan menghisap vape dan shisha turut dilarang seperti penguatkuasaan larangan merokok di semua restoran dan kedai makan mulai tahun depan. Sila beri pandangan anda,” .

Berdasarkan jawapan kepada persoalan yang dimuatnaik pada jam 12 tengah hari tadi di Facebook BH, Harian Metro dan New Straits Times hingga jam 4 petang tadi itu, sebanyak 82 peratus (23,956 undi) setuju dan 18 peratus (5,259 undi) tidak bersetuju dalam undian membabitkan seramai 29,215 pengundi.

Di ruangan Twitter pula menunjukkan seramai 4,515 undi dengan 82 peratus atau 3,702 bersetuju dengan 18 peratus atau 812 tidak bersetuju.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini berkata, rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Beliau bagaimanapun berkata, kementerian masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan membabitkan vape dan shisha dalam masa terdekat.

Selain undian, pelayar media sosial juga mengemukakan pandangan mereka di ruangan komen.

Speed Waja berkata,” saya pun penjual flavour vape.. tp saya setuju jika ia turut dlarang dgunakn dsemua restrn dan kdai makan.. walau asapnya tidak membahayakn namun ia lebih kepada adab.. bila dsembur wap tebal terus terbang kena makanan dan minuman org sebelah sedangkan wap tu dtg dari dalam mulut penghisap...

Hairil Azuin Md Akil Nak berkata, adil sangat kan? Wujudkan je restoran khas untuk penghisap vape.....rokok sekali pon x apa.....dengan syarat ianya mustilah berhawa dingin dan tertutup sepenuhnya.....

Bagi Nurul Nadiah, katanya Cari tmpt yg sesuai nk merokok.. Just bertimbang rsa dgn org sekeliling.. Asap rokok tu membahayakn org lain.. Lg2 utk bby.. Sy sendri xselesa bla trhidu asap rokok nafas rsa sesak nafas .. So just jd org yg brtimbang rsa..

Mas Zaizeli Ibrahim Benda, berkata melibatkan asap ni patutnya kena hindari dari manusia.apatah lagi manusia TGH makan.patut disamakan dgn perokok.walaupun saya perokok tegar.benda melibatkan kesihatan org ramai saya setuju.

Bagi Nur Azmawani Azmi Vape pula, katanya sptutnya dilarang sama mcm rokok... Kalau sisha tu kita fham sndri lah.. Dh ad signboard tulis kan.. Xpayah lh nk dduk kedai tu...

Din Din pula berkata, aku penghisap vape tegar, sebenarnya asap vape tak bahaya pun sebab dia bukan asap..dia wap cacair.. tapi kelakuan hembus wap yang berkepul2 tu memang menggangu pelanggan restoren lain yang tak tau wap vape tu tak bahaya..hisap vape tak salah tapi kena la jaga perasaan insan sekeliling, tak salah pun hembus kat bawah meja, hembus kat atas berkepul2 nak tunjuk apa la bukan ada pertandingan.. merosakkan reputasi orang lain hisap vape je..

Begitupun, Hairil Azuin Md Akil berpandangan, fizikalnya vape ni bau x ada.....wap je.... katanya la......tapi dari segi pandangan tetap mengganggu.....dan side effect pada org sekeliling masih tak pasti lagi.

Bermula 1 Januari 2019, peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka.

Dengan penguatkuasaan peraturan itu, perokok ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.

Susulan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan turut melarang penggunaan vape dan shisha di restoran terbuka seperti larangan merokok.

Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata kedua-dua bahan itu juga mempunyai nikotin yang secara tidak langsung turut membahayakan perokok pasif sama seperti rokok.

1274 dibaca
Berita Harian X