Khamis, 15 November 2018 | 8:07pm
- Foto BERNAMA

Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA, Ahmad Zukiman, meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa BERNAMA, Ahmad Zukiman Mohd Zain, meninggal dunia di hospital KPJ Tawakkal di Jalan Pahang di sini, petang tadi.

Allahyarham berusia 57 tahun.

Ahmad Zukiman, yang menghidap fibrosis pulmonari, sejenis penyakit paru-paru kronik, sejak beberapa tahun lepas, dimasukkan ke hospital itu pada Ahad lepas, setelah terjatuh di kediamannya di sini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datuk Zakaria Abdul Wahab, berkata beliau dimaklumkan tentang berita sedih itu oleh isteri Allahyarham, Nik Rozana Nik Hassan, sebelum Maghrib.

“Saya melawat arwah pada hari Isnin. Beliau kelihatan okay…dan boleh berbual dengan kami. Hari ini, saya dimaklumkan arwah dimasukkan ke ICU,” katanya yang melawat arwah bersama-sama Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang. - BERNAMA

1296 dibaca
Berita Harian X