Jumaat, 9 November 2018 | 6:02pm
PENGARANG Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman. - Foto Saddam Yusoff
PERADUAN Jom Selawat tawar hadiah RM50,000.

Peraduan Jom Berselawat semarak #JomCintaNabi

KUALA LUMPUR: Pembaca akhbar dan platform digital BH berpeluang bersama-sama menyemarakkan kempen #JomCintaNabi sempena Malidur Rasul anjuran akhbar ini bermula esok hingga 10 Disember dengan berselawat menerusi media sosial.

Mereka dipelawa menyertai peraduan Jom Selawat dengan merakam video dan dikongsikan dalam media sosial yang bertujuan menggalakkan umat Islam berselawat sepanjang masa dan mendoakan kesejahteraan Nabi Muhammad SAW.

Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, berkata selepas dirakam, video boleh dimuat naik ke media sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan meletakkan hashtag #JomCintaNabi.

“Ia boleh disertai warga Malaysia beragama Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan. Sebelum itu mereka perlu Like dan follow Facebook, Twitter dan Instagram Berita Harian Online.

“Kemudian mereka hanya perlu merakam video selawat secara kreatif dan dimuat naik di media sosial. Video terbaik ditentukan oleh juri yang akan menilai berdasarkan kreativiti, jumlah like serta perkongsian paling tinggi di laman sosial dan keputusan adalah muktamad,” katanya.

Sebanyak 13 video terbaik akan dipilih untuk menerima hadiah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM50,000.

Sempena Maulidur Rasul tahun ini, BH menganjurkan kempen #JomCintaNabi, yang pertama seumpama itu, bagi menyemarakkan kecintaan umat Islam kepada Nabi Muhammad SAW, selain memeriahkan sambutan ulang tahun hari kelahiran baginda.

Sepanjang kempen berlangsung, pelbagai pengisian dan aktiviti dianjurkan, termasuk penyiaran artikel dan rencana mengenai sirah, sahsiah, sunnah dan selawat, poster eksklusif #JomCintaNabi dalam akhbar BH, platform digital Berita Harian Online dan media sosial serta kapsul BHTV, Jom Tanya Ustaz Edisi Khas: #JomCintaNabi.

Kempen #JomCintaNabi mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan disokong rakan strategik, iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Bank Rakyat, BIMB Holdings Berhad, Travelyoyo Sdn Bhd, Jiu Jiu HealthLife dan Harmony Language Centre.


PERADUAN Jom Selawat tawar hadiah RM50,000.

INFO

Peraduan Jom Selawat 10 November-10 Disember

Cara penyertaan:

- Like dan follow Facebook/Twitter/Instagram Berita Harian Online

- Rakam dan muat naik video kreatif berselawat dan sertakan hashtag#JomCintaNabi

- Kongsikan video anda untuk tetapan umum

- Hadiah bernilai lebih RM50,000 untuk pemenang

HADIAH PERADUAN SELAWAT #JomCintaNabi

Pertama

- Pakej percutian dan penginapan 5 hari 4 malam di Rasvehi Hotel & Spa, Maldives termasuk makan dan minum untuk dua orang bernilai RM8,000

- Rawatan urutan Meridian Wellness untuk dua orang bernilai RM10,000

- Wang tunai RM1,500

Kedua

- Pakej percutian dan penginapan 4 hari 3 malam di Dhigurah Retreat Beach, Maldives termasuk makan dan minum untuk dua orang bernilai RM6,000

- Kursus permulaan bahasa Mandarin untuk dua orang bernilai RM3,000

- Wang tunai RM1,000

Ketiga

- Rawatan urutan Meridian Wellness untuk dua orang bernilai RM6,000

- Kursus permulaan bahasa Mandarin untuk seorang bernilai RM1,500

- Wang tunai RM500

10 Saguhati: Wang tunai dan hadiah bernilai RM1,600 setiap satu

- Cenderahati eksklusif dan baucar untuk dua orang bernilai RM500

- Rawatan urutan Meridian Wellness untuk dua orang bernilai RM300

- Dua sesi kelas bahasa Mandarin peringkat permulaan untuk dua orang bernilai RM600

- Wang tunai RM200

193 dibaca
Berita Harian X