Jumaat, 2 November 2018 | 8:58pm
KAKITANGAN sebuah kedai elektrik menonton siaran langsung pembentangan Belanjawaan 2019 di Georgetown, Pulau Pinang. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal

Subsidi bil elektrik naik RM40

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2019 membawa berita baik bagi isi rumah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah susulan persetujuan kerajaan meningkatkan kadar subsidi kepada RM40 sebulan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata subsidi membabitkan peruntukan RM80 juta itu akan memberi manfaat kepada 185,000 akaun.

“Pada masa ini, kerajaan memberi subsidi kepada semua isi rumah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 dan ke bawah.

“Selaras hasrat kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi ini akan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

“Dengan itu, kerajaan mampu meningkatkan kadar subsidi kepada RM40 sebulan dan memanfaatkan 185,000 akaun.

“Ia membabitkan peruntukan RM80 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.

3634 dibaca
Berita Harian X