Jumaat, 19 Oktober 2018 | 9:45am
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi yang akan didakwa atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto Eizairi Shamsudin

Najib hadir beri sokongan kepada Zahid

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib yang tiba dengan menaiki Toyota Vellfire putih pada jam 9.18 pagi, tersenyum dan melambai ke arah wartawan dan jurugambar sebelum masuk ke lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Difahamkan, Ahmad Zahid akan menghadapi 45 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid adalah berhubung penyelewengan dana Yayasan Akal Budi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi yang akan didakwa atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebuah yayasan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Berita Harian X