Selasa, 25 September 2018 | 4:54pm
AKAUNTAN Negara Datuk Saat Esa.

Baki selaras rekod JANM

PUTRAJAYA: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesahkan kedudukan baki Kumpulan Wang Disatukan yang diselenggarakan pihaknya pada 30 April 2018 dan 31 Disember 2017 selaras dengan kenyataan dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Akauntan Negara Datuk Saat Esa, berkata pihaknya juga mengesahkan bahawa baki Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2017 adalah RM11.86 bilion dan baki pada 30 April 2018 pula adalah sebanyak RM450 juta.

"Kami juga ingin sahkan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya boleh menggunakan Akaun Hasil Disatukan bagi menampung perbelanjaan mengurus," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Saat berkata, Kerajaan Persekutuan juga perlu membelanjakan lebih daripada RM8 bilion sebulan bagi emolumen dan faedah persaraan.

Sebelum ini, Guan Eng mendedahkan Akaun Hasil Disatukan merosot kepada RM450 juta pada 30 April 2018 berbanding RM11.86 bilion pada 31 Disember 2017 berikutan perbelanjaan berlebihan untuk tempoh antara Januari hingga April lalu.

25 dibaca
Berita Harian X