Isnin, 6 Ogos 2018 | 10:18pm
Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan (tengah) bersama Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (berdiri kanan) bergambar dengan sebahagian peserta Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci 2018 di Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi. - Foto Luqman Hakim Zubir

30 individu terpilih jadi tetamu Arab Saudi tunai haji

KUALA LUMPUR: Seramai 30 individu dalam kalangan pengamal media, wakil kerajaan, jabatan agama, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) terpilih dalam program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci tahun ini.

Semua individu berkenaan diraikan dalam satu majlis di Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan, meluangkan masa beramah mesra serta menyampaikan cenderahati kepada peserta program berkenaan.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan) pada majlis meraikan peserta Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci 2018 di Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi. - Foto Luqman Hakim Zubir

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan (tengah) bermesra dengan Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) pada majlis meraikan peserta Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci 2018 di Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi. - Foto Luqman Hakim Zubir

Delegasi Malaysia dalam program itu diketuai bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, akan dibawa mengerjakan haji di Makkah bermula 12 Ogos hingga 27 Ogos depan.

Antara yang turut terpilih pada tahun ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang.

Selain itu, Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pendakwah Bebas Firdaus Wong Wai Hung turut terpilih.

Berita Harian X