Jumaat, 22 Jun 2018 | 9:43pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (lima dari kanan) menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (tiga dari kanan) diiringi isterinya Dr. Zakiah Mohd Tahir (empat dari kanan) di Taman Harta Pertama, Bukit Baru. - Foto Rasul Azli Samad

TPM meriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri

MELAKA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin di sini, malam ini.

Timbalan Perdana Menteri tiba di Taman Harta Pertama, Bukit Baru, di sini, tepat jam 8.30 malam disambut oleh Shamsul Iskandar dan isteri, Dr Zakiah Mohd Tahir.

Pada majlis itu, lebih 1,000 pengunjung memeriahkan sambutan yang menyajikan pelbagai hidangan istimewa termasuk ketupat, lemang, rendang ayam, sate dan biskut raya.

Majlis Rumah Terbuka Shamsul Iskandar yang juga Naib Presiden PKR itu berlangsung dari jam 8 malam hingga jam 11 malam.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Adly Zahari dan barisan EXCO kerajaan negeri Melaka.

19 dibaca
Berita Harian X