Khamis, 7 Jun 2018 | 4:31pm
HARTAWAN kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low

Jho Low sedia bantu siasatan 1MDB

KUALA LUMPUR: Hartawan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low bersedia membantu dalam siasatan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam laporan disiarkan Bloomberg, Jho Low memberitahu sudah mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM selepas dimaklumkan bahawa agensi berkenaan mencari beliau untuk membantu siasatan 1MDB.

"Perkara itu dimaklumkan oleh wakil Jho Low dalam satu kenyataan e-mel," katanya.

Pada 18 Mei lalu, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, meminta Jho Low pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Daim yang juga bekas Menteri Kewangan menegaskan Jho Low ada individu terpenting dan utama bagi membantu siasatan 1MDB

Sementara itu, SPRM kenyataannya di sini, hari ini berkata, meminta dua individu tampil bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dua individu berkenaan adalah Pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil, 47, dan Jho Low.

87 dibaca
Berita Harian X