Isnin, 28 Mei 2018 | 7:06pm
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PPBM hari ini.
Turut sama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan). - Foto BERNAMA

Kerajaan timbang tuntutan HINDRAF 2.0

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan 25 tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) termasuk berkaitan tanah rancangan FELDA dan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Kita akan mempertimbangkan tuntutan (HINDRAF2.0) itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Perdana Menteri mengulas tuntutan HINDRAF 2.0 supaya kerajaan menyediakan tanah seperti tanah rancangan FELDA kepada kaum India yang berpendapatan rendah, selain membuka kemasukan UiTM kepada semua kaum.

Ketua Umum HINDRAF, P Uthayakumar, dilaporkan berkata mereka menuntut supaya UiTM yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu dibuka untuk semua kaum terutama kaum India dari golongan B75.

Memorandum mengandungi tuntutan itu diserahkan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Berita Harian X