Sabtu, 26 Mei 2018 | 9:19pm
KAKITANGAN Harian Metro mengangkat #HMKotakRezeki untuk diberikan kepada anggota pasukan keselamatan pada program Titipan Kasih Harian Metro bersama Forest City di Masjid Kg Tiram Duku. - Foto Saddam Yusoff
KAKITANGAN Harian Metro mengedarkan #HMKotakRezeki kepada orang ramai pada program Titipan Kasih Harian Metro bersama Forest City di Bazar Ramadan Gelang Patah. - Foto Saddam Yusoff
OTHMAN Mamat (kiri) dan Tuan Mohd Asri Tuan Hussein (dua dari kiri) mengangkat #HMKotakRezeki untuk diberikan kepada fakir miskin pada program Titipan Kasih Harian Metro bersama Forest City di Masjid Jamek Tg. Kupang / Kg. Ladang, Gelang Patah. - Foto Saddam Yusoff
AERON Munajat (tiga dari kanan), Othman Mamat (dua kanan) dan Tuan Mohd Asri Tuan Hussein (kanan) beramah mesra bersama fakir miskin selepas menyerahkan #HMKotakRezeki pada program Titipan Kasih Harian Metro bersama Forest City di Masjid Jamek Tg. Kupang / Kg. Ladang, Gelang Patah. - Foto Saddam Yusoff
MAJLIS buka puasa warga Harian Metro bersama fakir miskin pada program Titipan Kasih Harian Metro bersama Forest City di Masjid Kg Tiram Duku. - Foto Saddam Yusoff
MAJLIS buka puasa warga Harian Metro bersama fakir miskin pada program Titipan Kasih Harian Metro bersama Forest City di Masjid Kg Tiram Duku. - Foto Saddam Yusoff
KAKITANGAN Harian Metro mengedarkan #HMKotakRezeki kepada orang ramai pada program Titipan Kasih Harian Metro bersama Forest City di Bazar Ramadan Gelang Patah. - Foto Saddam Yusoff

Program Titipan Kasih Harian Metro amat dihargai penduduk

GELANG PATAH: "Terima kasih kepada Forest City dan Harian Metro (HM) kerana membantu meringankan beban untuk saya menjalani ibadah puasa dan bagi meraikan Aidilfitri nanti," kata Fatimah Fadmo, 70.

Fatimah antara 10 keluarga kurang berkemampuan dari Kampung Ladang di sini, yang menerima #HMKotakRezeki barangan dapur dan sumbangan duit raya pada program amal Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di sini, hari ini.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu berkata, sejak kematian suaminya, Jamal Harun sejak 30 tahun lalu, dia tinggal seorang diri di rumah, namun tiga anaknya yang bekerja di sekitar negeri ini akan pulang ke rumah menjenguknya.

"Walaupun tinggal seorang diri di rumah, tetapi anak-anak dan jiran setempat selalu membantu. Saya memang akan menguruskan diri, memasak dan mengemas rumah sendiri.

"Alhamdulillah, dengan bantuan yang diberikan ini dapatlah memudahkan saya menyediakan juadah untuk saya berbuka puasa selain dengan bantuan Baitulmal sejumlah RM300 yang diterima dan juga duit belanja yang diberi anak-anak," katanya yang masuk tahun kedua menerima sumbangan menerusi program amal ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang tahun kedua diadakan di mukim Tanjung Kupang di sini, ditaja oleh Country Garden Pacificview (CGPV), pemaju projek mega, Forest City.

Sementara itu, Ketua Kampung Ladang, Abd Jalil Abdul Majid turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Forest City dan HM yang kali keduanya memilih penduduk kampung itu untuk menerima sumbangan.

"Mudah-mudahan usaha anda akan diberi keberkatan," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan #HMKotakRezeki di Masjid Jamek Tanjung Kupang / Kampung Ladang di sini, hari ini.

#HMKotakRezeki dan sumbangan duit raya di masjid berkenaan disampaikan Pengarah Komunikasi Korporat CGPV, Aeron Munajat; Pengarang Eksekutif Projek Khas The New Straits Times Press (NSTP) merangkap Pengerusi TKHM, Othman Mamat dan Pengarang Eksekutif HM, Tuan Asri Tuan Hussein.

Turut menerima #HMKotakRezeki dan duit raya ialah keluarga kurang berkemampuan dari Kampung Pok, Kampung Tiram Duku, Kampung Pekajang dan Kampung Tanjung Adang masing-masing 10 keluarga terpilih.

Penyerahan sumbangan buat mereka turut disampaikan Pengarah Perancangan dan Pembangunan CGPV, Ir Syarul Izam Sarifudin dan Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Talib di Masjid Jamek Kampung Tiram Duku di sini.

#HMKotakRezeki yang mengandungi kelengkapan dapur seperti beras, tepung gandum, gula, milo, bihun dan kordial itu ditaja barisan penaja yang berkolaborasi pada tahun ini antaranya Affin Islamic Bank, Pos Laju, Watsons dan Nabati Group.

#HMKotakRezeki mengandungi juadah berbuka puasa pula diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan seperti polis, bomba, Imigresen dan anggota RELA yang perlu bertugas ketika waktu berbuka puasa serta orang ramai di Bazar Ramadan sekitar kawasan ini.

11 dibaca
Berita Harian X