Khamis, 24 Mei 2018 | 1:50pm
BEKAS Pegawai PetroSaudi International Ltd. Xavier Andre Justo beredar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan skandal 1MDB. - Foto Abd Rahim Rahmat

Justo selesai bertemu Petugas Khas 1MDB

PUTRAJAYA: Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo beredar meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini selepas selesai bertemu Pasukan Petugas Khas 1MDB.

Justo meninggalkan bangunan pada jam 1.05 petang tadi.

Beliau tiba di sini kira-kira jam 9 pagi tadi untuk bertemu dengan Pasukan Petugas Khas 1MDB, dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semalam, Justo turut hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk bertemu pasukan sama.

Kerajaan sebelum ini menubuhkan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang disertai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

21 dibaca
Berita Harian X