Khamis, 24 Mei 2018 | 10:17am
BEKAS Pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo tiba di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan skandal 1MDB. - Foto Irwan Shafrizan Ismail
BEKAS Pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo tiba di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan skandal 1MDB. - Foto Irwan Shafrizan Ismail

Justo sekali lagi ke SPRM

PUTRAJAYA: Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo, hadir sekali lagi ke Ibu Pejabat SPRM pagi ini untuk bertemu Pasukan Petugas Khas 1MDB dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo tiba di bangunan itu kira-kira jam 9 pagi tadi.

Semalam, Justo turut hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk bertemu pasukan sama.

Kerajaan sebelum ini menubuhkan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang disertai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

25 dibaca
Berita Harian X