Khamis, 24 Mei 2018 | 10:13am

Najib beri keterangan kali kedua

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada jam 9.45 pagi tadi.

Beliau hadir bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd, iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Terdahulu, Najib tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih dengan nombor pendaftaran QMN11.

Najib dilihat berpakaian kemeja putih dan mengenakan kot berwarna hitam serta berseluar kelabu.

Bekas perdana menteri itu turut diiringi dua kenderaan lain serta dua anggota polis pengiring.

Tinjauan di lobi pekarangan Ibu Pejabat SPRM mendapati lebih 100 pengamal media daripada pelbagai agensi berita tempatan dan asing mula berkumpul sejak jam 7 pagi tadi bagi mengikuti perkembangan siasatan kes berkenaan.

Kelmarin, Najib hadir kali pertama ke sini dan meluangkan masa hampir lima jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) di Putrajaya tepat jam 9.43 pagi bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. - Foto Abd Rahim Rahmat
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) di Putrajaya tepat jam 9.43 pagi bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Berita Harian X