Selasa, 6 Februari 2018 | 1:23pm
TIMBALAN Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Sarani Dollah (tengah) bergambar bersama kakitangan syarikat - syarikat konsesi lebuhraya dan mahasiswa dari Politeknik Shah Alam ketika Pelancaran Kempen Advoksi Keselamatan Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina 2018 di Hentian Ayer Hitam, Lebuhraya Damansara-Puchong.- Foto Rosela Ismail
TIMBALAN Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Sarani Dollah (tengah) bergambar bersama kakitangan syarikat - syarikat konsesi lebuhraya dan mahasiswa dari Politeknik Shah Alam ketika Pelancaran Kempen Advoksi Keselamatan Lebuh Raya Sempena Tahun Baru Cina 2018 di Hentian Ayer Hitam, Lebuhraya Damansara-Puchong. - Foto Rosela Ismail

Henti kerja sempena Tahun Baharu Cina

PUCHONG: Kerajaan mengeluarkan arahan henti kerja bagi aktiviti pembinaan dan penyelenggaraan di semua lebuh raya selama 16 hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Arahan berkuat kuasa 10 hingga 25 Februari ini bertujuan mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Sarani Dollah, berkata inisiatif itu dilihat mampu membantu melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya ketika musim perayaan.

"Pada musim perayaan ini, jumlah kenderaan dijangka meningkat antara 20 hingga 30 peratus. Langkah ini dapat mengurangkan kesesakan akibat kerja pembinaan dan penyelenggaraan di lebuh raya.

"Bagaimanapun, arahan ini dikecualikan ke atas kerja-kerja pembinaan yang kritikal dan ia boleh diteruskan." katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena Tahun Baharu Cina di hentian Sebelah Ayer Hitam Lebuhraya Damansara-Puchong, di sini, pagi tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia, Sazally Saidi dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ismail Salleh.

Kempen advokasi keselamatan itu bertujuan memberi kesedaran mengenai etika pemanduan berhemah kepada masyarakat, terutama generasi muda.

Kempen berkenaan juga menggunakan platform sosial media untuk menyebarkan hebahan keselamatan jalan raya menerusi #Respeklabro.

Berita Harian X