Ahad, 24 Disember 2017 | 8:16pm

Pertambahan trafik menjelang cuti am

KUALA LUMPUR: Menjelang sambutan Hari Natal dan cuti am esok, beberapa laluan keluar masuk Lembah Klang dilaporkan berada dalam keadaan sesak.

Menurut akaun Twitter milik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), antara laluan yang mengalami kesesakan ketika ini adalah laluan masuk ke Gombak melalui Lebuhraya Pantai Timur.

"Trafik bergerak perlahan selepas Terowong Genting Sempah dan menuju ke Plaza Tol Gombak serta dari Lentang menuju ke Bukit Tinggi.

"Trafik turut perlahan dari Senawang terus ke Seremban, Terowong Menora menuju Jelapang, laluan Gopeng ke Tapah, Slim River ke Behrang dan Bukit Tagar menuju Bukit Beruntung," katanya.

Sementara itu, laluan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) tidak mengalami sebarang kesesakan dan trafik berada dalam keadaan lancar.

Berita Harian X