Rabu, 6 Disember 2017 | 9:11pm

Ahli Parlimen Jelebu meninggal dunia

SEREMBAN: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam tadi, di kediamannya di Kondo Villa Puteri, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan anak keduanya, Muhammad Arif ketika dihubungi, sebentar tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pertang, Datuk Jalaluddin Alias, berkata Allahyarham meninggal dunia akibat ketumbuhan otak yang dihidapinya.

AHLI keluarga hadir menziarahi jenazah di rumah Allahyarham Datuk Zainuddin Ismail di Villa Puteri Condo, Jln Tun Ismail, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Seluruh kepemimpinan UMNO Negeri Sembilan dan kerajaan negeri menzahirkan kesedihan atas pemergian Allahyarham.

"Beliau seorang individu yang banyak menabur bakti, baik dalam pentadbiran mahu pun parti," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Jelebu itu berkata, beliau kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menziarahi Allahyarham.

Difahamkan, Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Petaseh, Kuala Klawang, esok.

AHLI Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail meninggal dunia di rumahnya di Villa Puteri, Kuala Lumpur jam 7.30 petang, hari ini. - Foto Iqmal Haqim Rosman
ISTERI allahyarham, Datin Ruziah Yaacob melihat jenazah Allahyarham Datuk Zainuddin Ismail di Villa Puteri Condo, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad
PENASIHAT Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim (dua dari kiri) antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Zainuddin Ismail di Villa Puteri Condo, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad
Berita Harian X