Jumaat, 17 November 2017 | 6:36pm
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersama timbalan-timbalannya Tan sri Joseph Pairin Kitingan (dua dari kiri) Datuk Seri Yahya Husin (kiri) dan Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah, menunjukkan Buku Bajet Negeri Sabah 2018 pada Pembentangan Bajet Negeri Sabah di Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

RM1,500 bonus penjawat awam Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menerusi pembentangan Bajet 2018 hari ini mengumumkan penjawat awam di Sabah bakal menerima bantuan khas kewangan RM1,500.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata bayaran bantuan itu akan dibuat dua kali iaitu RM1,000 pada Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri tahun depan.

"Untuk penjawat awam negeri, kita sedar mereka adalah nadi utama jentera dan pentadbir perkhidmatan kerajaan. Oleh itu, kerajaan negeri ingin membawa khabar gembira kepada penjawat awam Sabah.

"Seperti yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri Sabah," katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

147 dibaca
Berita Harian X