Ahad, 12 November 2017 | 1:58pm

Najib tiba untuk Sidang Kemuncak ASEAN

MANILA: Datuk Seri Najib Razak tiba di sini, hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 yang upacara pembukaannya diadakan esok.

Najib yang ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, kira-kira 80 kilometer dari sini selepas menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Da Nang, Vietnam.

Menyambut ketibaan beliau ialah Duta Malaysia ke Filipina, Datuk Raszlan Abdul Rashid; Menteri Konselar kedutaan Malaysia di sini, Rizany Irwan Muhamad Mazlan; Atase Pertahanan, Kolonel Hamzah Ali dan Penolong Pengarah Tourism Malaysia, Mazlina Ahmad.

Pegawai Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Catalino Salandanan Cuy, turut menyambut ketibaan Perdana Menteri dan rombongan.

Setibanya di hotel penginapan pada jam 2.45 petang tadi, Najib dan isteri disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim dan pegawai kanan kedutaan serta rakyat Malaysia di bandar raya ini.

Petang ini, Perdana Menteri dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Malam ini, Perdana Menteri dan isteri dijadual menghadiri majlis makan malam gala khas sempena sambutan ulang tahun ASEAN ke-50.

PERDANA Menteri dan isteri disambut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, dekat Manila hari ini. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri dan isteri disambut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, dekat Manila hari ini. - Foto BERNAMA
Berita Harian X