Rabu, 8 November 2017 | 10:01pm
BEKAS Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Muhammad Daud al-Iraqi, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, petang tadi.

Bekas Ketua Dewan Ulama meninggal dunia

KOTA BHARU: Bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Muhammad Daud al-Iraqi, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, petang tadi.

Allahyarham yang berusia 78 tahun menghembuskan nafas terakhir, jam 6.42 petang.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata jasa arwah Muhammad Daud terlalu besar, khasnya dalam membangunkan dasar Islam di Kelantan.

Katanya, beliau sentiasa menjadi rujukan dalam menentukan hukum yang sukar untuk dibuat keputusan.

"Semoga Allah menerima segala jasa dan amalan soleh Allahyarham dan diganjari dengan sebesar-besar ganjaran.

"Semoga Allah menempatkan Allahyarham di syurga yang tertinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lundang pagi esok.

Sepanjang hayat beliau, antara jawatan yang dipegang Allahyarham termasuk Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit dan exco kerajaan negeri.

Berita Harian X