Jumaat, 27 Oktober 2017 | 5:41pm

RM2.4 bilion untuk UiTM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Bajet 2018 di bawah Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB).

Bawah dasar itu juga, kerajaan menambah bilangan kemasukan pelajar ke UiTM kepada lebih 165,000 dengan sasaran mencapai 250,000 pelajar menjelang 2020.

Lebih membanggakan, UiTM sebagai institusi Bumiputera juga berjaya melahirkan lebih 700 ribu graduan Melayu dan Bumiputera.

60 dibaca
Berita Harian X