Isnin, 23 Oktober 2017 | 4:16pm
PROF Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi.

Pengasas UKM meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas ahli Jawatankuasa Penubuhan UKM, Prof Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi.

Allahyarham, 84, menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya di Seksyen 14, di sini akibat jangkitan paru-paru

Jenazah dimandikan dan dikafankan di Masjid Tun Abdul Aziz, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara selepas solat Asar.

Allahyarham pernah menjadi pensyarah Sejarah di Universiti Malaya pada tahun 1962.

Apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan, beliau dilantik sebagai profesor dan Ketua Jabatan Sejarah pada tahun 1970 hingga 1991.

74 dibaca
Berita Harian X