Sabtu, 16 September 2017 | 5:14pm
KEADAAN banjir di Jalan Kampung Kedawang, Langkawi. - Foto Hamzah Osman
KEADAAN banjir di Jalan Kuah-Padang Matsirat, Langkawi. - Foto Hamzah Osman

440 mangsa banjir di Kedah

ALOR SETAR: Seramai 440 mangsa membabitkan 113 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda sejak semalam, ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara di Langkawi dan Bandar Baharu.

Penyelaras Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata dua pusat pemindahan sementara dibuka di Langkawi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang dan Dewan Kampung Raja yang menempatkan 230 mangsa membabitkan 54 keluarga.

Di Bandar Baharu, katanya, dua lagi pusat pemindahan sementara masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu dan SK Sungai Kechil Ulu yang menempatkan 210 mangsa dari 59 keluarga.

"Tiga pusat pemindahan sementara iaitu dua di Kuala Muda iaitu di Dewan Kampung Tengah dan Surau Kampung Tengah manakala satu di Bandar Baharu iaitu Dewan Kampung Majidee ditutup pagi tadi selepas banjir surut.

"Ini adalah perkembangan setakat jam 4 petang dan kita akan memantau keadaan," katanya dalam kenyataan media di sini, petang ini.

Berita Harian X