Isnin, 4 September 2017 | 3:37pm
NAIB Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim meninjau kira-kira 100 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang bergotong-royong menjayakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berjalan serentak di kedua-dua kampus di UMP Pekan dan Gambang. - Foto Naufal Shamsuddin

Inovasi periuk dengan pengacau automatik

KUANTAN: Program ibadat korban sembilan ekor lembu dan aktiviti memasak di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kali ini dipermudahkan menerusi inovasi ciptaan periuk dilengkapi alat pengacau automatik.

Program bermula seawal jam 8 pagi itu membabitkan lebih 80 sukarelawan merangkumi staf dan pelajar UMP yang menyembelih, melapah, menimbang, mengagih daging dan memasak.

Kira-kira 100 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) bergotong-royong menjayakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah UMP serentak di kedua-dua kampus di Pekan dan Gambang di sini.

Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata periuk berkenaan adalah hasil inovasi pensyarah dan kakitangan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) diketuai Dekannya, Prof Datuk Dr Zularisam Abd Wahid.

Daing Nasir berkata, inovasi itu mampu mengurangkan penggunaan tenaga kerja dan mempercepatkan proses memasak.

"Kita harap kumpulan ini dapat menghasilkan reka bentuk lebih fleksibel dan menambah baik kualiti serta boleh diperkenalkan kepada masyarakat terutama dalam kalangan pengusaha makanan atau industri berkaitan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, inovasi sedemikian dapat meningkatkan kecekapan dalam menyediakan juadah berskala besar.

Katanya, program korban dapat meningkatkan kefahaman warga kampus mengenai ibadat dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga UMP.

Berita Harian X