Sabtu, 2 September 2017 | 4:40pm
LEMBAGA Penasihat Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Mohd Rezaidi Mohd Ishak (kiri) bersama masyarakat Rohingya bergotong-royong melapah daging korban di Kampung Baru Cheras, hari ini. - Foto Khairul Azhar Ahmad

Rai Aidiladha dengan masyarakat Rohingya

CHERAS: Malaysia Relief Agency (MRA) berkongsi kegembiraan sambutan Aidiladha dengan masyarakat Rohingya di Kampung Baru Cheras di sini, hari ini.

Lembaga Penasihat Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Mohd Rezaidi Mohd Ishak, berkata pihaknya mewakili pertubuhan dan individu yang menyumbang sebanyak tiga ekor lembu dan 10 ekor kambing untuk menjayakan ibadat itu.

Beliau berkata, dari proses penyembelihan sehingga memasak, semuanya dikendalikan sendiri oleh masyarakat Rohingya sambil dibantu beberapa kakitangan MRA.

"Selain korban, kita turut menjalankan gotong royong memasak juadah tradisional Rohingya seperti gulai daging hijau yang dimasak oleh mereka untuk jamuan Aidiladha bertempat di Sekolah Komuniti Rohingya MRA.

"Daging yang dilapah juga akan dibungkus untuk diagihkan kepada masyarakat Rohingya di sekitar Kampung Baru Cheras," katanya ketika ditemui selepas Majlis Korban untuk Rohingya di Padang Cheras Baru di sini, hari ini.

Yang turut hadir Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman.


LEMBAGA Penasihat Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Mohd Rezaidi Mohd Ishak (kiri) bersama masyarakat Rohingya bergotong-royong melapah daging korban di Kampung Baru Cheras, hari ini. - Foto Khairul Azhar Ahmad

Kira-kira 200 ibu bapa dan murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan juga penyumbang yang mengambil bahagian dalam majlis itu.

Program itu diadakan bagi mengajak orang ramai menyumbang dan memberi peluang kepada mereka yang berkemampuan melaksanakan ibadat korban melalui MRA.

Mohd Rezaidi berkata, pihaknya amat menghargai sokongan padu penduduk Malaysia terhadap nasib masyarakat Rohingya yang serba kekurangan.

"Kami meminta sokongan daripada rakyat Malaysia yang budiman bagi menyalurkan sumbangan untuk Tabung Pendidikan Sekolah Komuniti MRA atas nama MALAYSIAN RELIEF AGENCY menerusi nombor akaun 5640 9820 6365 (Maybank)," katanya.

INFO

Sekolah Komuniti Rohingya MRA.

- Terdapat lebih 100 murid dan empat guru.

- Ditubuhkan pada 2009.

- Sekolah terawal yang ditubuhkan khas untuk kanak-kanak Rohingya.


LEMBAGA Penasihat Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Mohd Rezaidi Mohd Ishak (kiri) bersama masyarakat Rohingya bergotong-royong memasak juadah di Kampung Baru Cheras, hari ini. - Foto Khairul Azhar Ahmad

Berita Harian X