Rabu, 23 Ogos 2017 | 9:56pm
FAWWAZ (berjubah putih, tengah) bersama rakyat Malaysia dan pegawai Kedutaan Arab Saudi pada majlis meraikan Tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Alsaud di Istirahah, di sini, malam ini.

Kedutaan rai tetamu Raja Salman

KUALA LUMPUR: Timbalan Duta Arab Saudi, Fawwaz Otaibi, malam ini meraikan 40 Tetamu Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Alsaud, yang akan berlepas ke Arab Saudi esok bagi menunaikan haji.

Mereka adalah rakyat Malaysia dari kalangan mufti, pegawai kanan kerajaan, ahli akademik dan pendakwah.

Kumpulan tetamu Raja Arab Saudi itu akan berlepas ke Jeddah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok dan berlepas pulang dari Madinah pada 7 September ini.

Dalam ucapannya, Fawwaz yang mewakili Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Husin Qattan, berkata hubungan antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia amat baik.

Katanya, tahun ini 40 rakyat Malaysia terpilih mengikuti program tahunan itu yang turut membabitkan negara lain di dunia.

"Bersyukurlah kepada Allah kerana menjadi tetamu-Nya, semoga Allah mengurniakan haji mabrur," katanya.

Berita Harian X