Ahad, 1 Disember 2019 | 11:33pm
PASUKAN Polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan operasi mencari seorang kanak-kanak lelaki, Mohd Ilham Hasmadi yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tali air di Felcra Teratak Batu, dekat Pasir Puteh petang tadi. NSTP/Ihsan Pembaca

Kanak-kanak dikhuatiri lemas jatuh tali air

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tali air di Felcra Teratak Batu, dekat Pasir Puteh petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa Mohd Ilham Hasmadi, dikatakan mengikut bapa saudaranya ke lokasi berkenaan untuk memasang pukat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Mohd Azmir Damiri, berkata mangsa tergelincir dan ketika itu arus deras selain hujan.

Berita Harian X