Selasa, 15 Oktober 2019 | 8:48am

Mayat wanita ditemui rentung dalam kontena

KUANTAN: Seorang mangsa dipercayai wanita ditemui rentung dalam kebakaran sebuah kabin kontena berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa dipercayai berusia 20-an terperangkap dalam kabin berukuran 6x3 meter yang musnah 100 peratus.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan, berkata kabin terbabit pernah dijadikan tempat tinggal pekerja yang di tinggalkan serta pernah dijadikan surau.

Katanya, dua jentera dari Balai Bomba Kuantan dan Indera Mahkota dengan kekuatan anggota dan pegawai seramai 28 orang dikejarkan ke tempat kejadian sejurus mendapat laporan daripada MERS 999.

Kabin terbabit pernah dijadikan tempat tinggal pekerja yang di tinggalkan serta pernah dijadikan surau. - Ihsan Bomba Pahang

“Kebakaran menyebabkan kabin terbabit seratus peratus musnah. Seorang mangsa ditemui dipercayai terperangkap dalam kebakaran itu.

“Api berjaya dikawal kira-kira 15 minit kemudian. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Mangsa dipercayai berusia 20-an terperangkap dalam kabin berukuran 6x3 meter yang musnah 100 peratus. - Ihsan Bomba Pahang

Wanita ditemui rentung dalam kebakaran sebuah kabin kontena berhampiran UTC di Kuantan, pagi tadi. - Ihsan Bomba Pahang
Berita Harian X