Jumaat, 27 September 2019 | 9:37pm
Anggota bomba dan penyelamat Gua Musang mengeluarkan mayat pasangan suami isteri, Muhamad Zaim Ismail, 24 dan isterinya, Siti Rosmini Muhamad, 27 yang maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung treler sarat muatan tong gas di Kilometer 57, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. - Foto ihsan Pembaca

Suami isteri maut

GUA MUSANG: Pasangan suami isteri maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bertembung dengan treler muatan tong gas di Kilometer 57 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR Paloh 1 di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.35 petang itu mangsa, Muhamad Zaim Ismail, 24, berasal dari FELDA Chalok Barat, Permaisuri, Terengganu dan isterinya, Siti Rosmini Muhamad, 27, dari Jalan Kesedar Inn, Gua Musang cedera parah di badan kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Katanya, sebaik saja sampai di kawasan selekoh, kenderaan dinaiki mangsa hilang kawalan, lalu terbabas di sebelah kiri jalan dan berpusing memasuki laluan bertentangan.


GUA MUSANG 27 SEPTEMBER 2019. Anggota bomba dan penyelamat Gua Musang mengeluarkan mayat pasangan suami isteri, Muhamad Zaim Ismail, 24 dan isterinya, Siti Rosmini Muhamad, 27 yang maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung treler sarat muatan tong gas di Kilometer 57, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. - Foto ihsan Pembaca

“Berikutan itu, kenderaan dipandu Muhamad Zaim bertembung dengan sebuah treler dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

“Kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan yang remuk itu dan dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Taufik berkata, pemandu treler berusia 35 tahun dan berasal dari Bukit Sentosa, Rawang, Selangor tidak cedera.

Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Anggota bomba dan penyelamat Gua Musang mengeluarkan mayat pasangan suami isteri, Muhamad Zaim Ismail, 24 dan isterinya, Siti Rosmini Muhamad, 27 yang maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung treler sarat muatan tong gas di Kilometer 57, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. - Foto ihsan Pembaca

Berita Harian X