Sabtu, 24 Ogos 2019 | 6:27pm
Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat warga Pakistan Haseeb Ashfaq, 30, yang ditemukan di pantai Tanjung Rhu pada 2.30 petang tadi. - Foto BERNAMA

Warga Pakistan ditemui lemas

LANGKAWI: Seorang lelaki warga Pakistan yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu di sini, malam tadi, ditemui lemas petang ini.

Mangsa, Haseeb Ashfaq, 32, berasal dari Lahore, Pakistan, ditemui terapung berhampiran kelong oleh pasukan mencari kira-kira jam 2.30 petang.

Sebelum ini, mangsa yang tiba di pantai itu bersama empat rakannya yang juga warga Pakistan untuk mandi dilaporkan hilang kira-kira jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata mayat mangsa ditemui terapung di kawasan kelong iaitu berhampiran kawasan kejadian.

“Ketika kejadian mangsa dikatakan berenang bersama empat rakannya yang tiba di pantai itu sebelum dibawa arus dan dikhuatiri lemas.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Langkawi untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Iqbal berkata, berikutan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 3.30 petang dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

Berita Harian X